SEJARAH

MASJID SULTAN MUHAMMAD III, BANDAR PASIR PAS.
Masjid Bandar pasir mas adalah masjid kepala jajahan yang terletak di dalam jajahan pasir mas. Masjid ini telah dibina pada tahun 1937 masihi dengan inisiatif dan prihatin penduduk setempat tentang pentingnya diwujudkan sebuah masjid bagi kegunaaan umat islam di kawasan sekitar khususnya dan untuk umat islam yang bermusafir yang ingin berhenti rehat dan menunaikan kewajipan kepada Allah amnya. Walaubagaimanapun pembinaannya terhenti akibat tercetusnya perang dunia kedua. Selepas tamat perang dunia kedua, pembinaan masjid ini diteruskan dengan usaha gotong- royong masyarakat setempat. Akhirnya masjid ini siap di bina dan digunakan dalam tahun 1952 dengan kos lebih kurang RM31 ribu.
Masjid Bandar pasir mas telah bebepapa kali mengalami pertambahan dan pengubahsuaian dan yang terakhirnya pada tahun 1984. Masjid Bandar pasir mas kini berada di bawah pengawasan dari sudut pentadbiran dan pengurusannya oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Namun begitu pihak MAIK telah mengamanahkan kepada ahli jawatankuasa kemajuan masjid kepala jajahan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berusaha Ketua Jajahan bagi menguruskan masjid dari sudut pentadbiran dan pengurusan agar masjid berfungsi dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak MAIK berdasarkan syariat islam.
Struktur bangunan Masjid Bandar pasir mas yang mempunyai ruangan yang luas telah dimanfaatkan dengan menyediakan sebuah mini perpustakaan (Khutub Khanah) untuk kemudahan ahli jemaah dan juga para pelajar sekolah di sekitar masjid bagi mengisi masa lapang di samping duduk beriktikaf di masjid untuk menambah ilmu pengetahuan. Pelbagai bahan bacaan ilmiah dan kitab- kitab rujukan yang terdapat perpustakaan tersebut. Di samping itu juga, sebuah pejabat imam telah dibina untuk memudahkan pengurusan dengan ahli jemaah dan anak mukim dan setiap hal yang berkaitan dengan hal ehwal masjid serta lain – lain perkara.
Bagi setiap program yang melibatkan pegurusan makanan, pihak masjid telah membina satu tempat khusus bagi penyediaan makanan. Contohnya program ihya ramadhan seperti majlis berbuka puasa akan diadakan di tempat tersebut.
Pada awal tahun 2005, satu mesyuarat jawatankuasa kemajuanmasjid telah diadakan untuk membincangkan masalah- masalah yang perlu di atasi di Masjid Bandar pasir mas. Di antara perkara yang telah dibincangkan ialah tentang kebocoran bumbung masjid yang sekian lama berlarutan. Bahagian bumbung yang terbuka luas menyebabkan kekotoran di tempat sembahyang seperti najis- najis burung,kelawar dan lain- lain. Selain itu juga mesyuarat membincangkan juga tentang penurapan tar di dalam kawasan masjid. Jesteru, mesyuarat telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan melancarkan kutipan derma melalui kebenaran daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).
Pada 10 jun 2005 bersamaan 3 jamadil awwal 1426 hijrah, DYMM sultan Kelantan sultan ismail petra ibni almarhum sultan yahya petra dan yang teramat mulia tengku mahkota Kelantan, tengku Muhammad faris petra ibni sultan ismail petra telah berangkat mencemar duli ke Masjid Bandar pasir mas untuk bersolat jumaat bersama dengan rakyat jelata.Dengan keberangkatan DYMM Tuanku, Masjid Bandar pasir mas telah berubah wajah yang mana telah diberikan peruntukan untuk mengecat kembali bangunan dan telah diturap dua per tiga bahagian awasan masjid dengan tar.
Ahli jawatankuasa pengurusan Masjid Bandar pasir mas telah sama- sama berusaha sekali lagi untuk mengatasi masalah kebocoran masjid bulan disember 2005. Permohonan yang telah di buat kepada jabatan pembangunan persekutuan (JPP) Kelantan dengan membentangkan kertas kerja dan pelan- pelan cadangan yang telag dibuatoleh ahli jawatankuasa masjid. Alhamdulillah dengan berkat usaha daripada semua pihak, akhirnya Masjid Bandar pasir mas telah mendapat perhatian daripada timbalan perdana menteri Dato’ seri najib tun razak yang telah datang bersolat di masjid ini.
Timbalan perdana menteri telah meluluskan peruntukan segera kepada Masjid Bandar pasir mas sebanyak RM530 ribu bagi mengatasi kebocoran dan lain- lain.
Pembaikan dan pengubahsuaian telah dimulakan pada bulan april 2006 dan Alhamdulillah selesai sepenuhnya pada bulan disember 2006. Kini Masjid Bandar pasir mas sekali lagi berubah wajahdari sudut prasarana fizikalnya. Bagi merialisasikan matlamat MAIK untuk menjadikan masjid bukansebagai tempat ibadat sahaja, tetapi beberapa program telah dirancang untuk menghidupkan fungsi masjid dari sudut pandangan masyarakat khususnya. Semoga masyarakat islam pada hari ini mengetahui betapa pentingnya masjid untuk memainkan peranan seruan institusi mengembangkan modal insan yang berkualiti.


